Thursday, April 23, 2009

Coretan Hati...

Bukan mudah untuk menggembirakan & memuaskan hati semua orang. Tapi apa yang paling penting ialah kita telah cuba buat yang terbaik. Selebihnya terpulang kepada seseorang itu untuk menilai diri kita. Andainya kita dilihat ke arah yang positif, Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, biarkanlah ianya berlalu. Walau hati kecil terguris tapi kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa.

Setiap manusia dijadikan terlalu istimewa yang mempunyai akal dan kelebihan tersendiri. Hanya diri yang mengetahui apa yang dilakukan tanpa perlu diceritakan setiap inci pergerakan, tingkahlaku dan isi hati. Sesungguhnya diri ini hanyalah kecil dan tidak mampu untuk tangan ini menggapai awan di langit...

Terima kasih sayangku kerana sentiasa di sisi noni; semalam, hari ini dan juga untuk selamanya. Terima kasih untuk segalanya yang sayang lakukan untuk noni selama ni.. Terima kasih kerana menyayangi diri noni..


Sesungguhnya noni terlalu menyayangi dirimu sayang...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home