Thursday, June 18, 2009

To Get Know Your Self Better

Dengan senang hati melangsaikan hutang tag Huda. Sukala personality test ni. Jawab sampai xhengat dunia dah.

Tagging Game : Answer the questions honestly here, and post the result into your blog. Tagged 6 friends of yours.

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education:
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.

dan..

saya xnak tag sesapa. Bole??

Labels:

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Pengantin Baru Yus & Izan





Yeay!! Akhirnya besfren kami telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya yang amat dicintai. Walaupun dolu2 ada gak tolong kenen2 kan si Yus ni tapi xmenjadi. Ya la kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan segalanya.

Apapun sekali lagi ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" untuk Mohd Yusri Bin Ab Ghani & Muhaizan Binti Muhammad. Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh & solehah dan di murahkan rezeki.. Amin..

Ikutkan plan si Yus ni patutnya si kembar berdua ittew menjadi pengapitnya masa kenduri belah perempuan kat Terengganu. Tapi xde rezekinya pasal, kami sume memang xdapat nak gi Terengganu. Antara sebabya memangla xde bujet tapi yang paling xdapat nak dielakkan sebab terpaksa balik Batu Gajah -Atok sakit. Tapi alhamdulillah atok dah beransur pulih skang ni. Patutla Si mamat Yus ni beria belanja makan sume, tapi xde plak dia nak bitau suh jadi pengapit. jadi salah siapakah itu.

Tapi xpe, kami sume dgn susah payahnya telah menghadirkan diri masa kenduri belah lelaki. Sampai pun memang tepat masanye - ikut rombongan pengantin diarak masuk ke majlis dengan paluan kompang yang sangat gempak bunyinya.

Labels:

Wednesday, May 20, 2009

Hutang Tag Huda Dijawab

Nama Timangan Anda :
Noni. dari kecik mak ayah panggil noni. dah xbole nak tukar. Tapi kalo nak panggil nama lain pun boleh. suka hatila. tapi kalo xperasan tu jangan mara a..


Anda Seorang Yang :
Sangat focus bila buat sesuatu sampai xsedar mulut muncung2 (bukan sentap tapi refleksi semulajadi yang xbole nak ubah).

Insan Teristimewa? Describekan Dia Terlalu Istimewa Di Mata Anda :
Syed Zairi Putra Aljamalullail Syed Yusoff. Seorang suami merangkap sahabat baik yang sangat2 memahami, menyayangi dan sentiasa melindungi diri saya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Lagu Kesukaan Anda :
Janji Padamu -Exist. Lagu yang dinyanyikan oleh sayangku untuk memujuk hatiku yang lara. Sangat menyentuh perasaan sampai ngobak2.

Makanan Kesukaan Anda :
Bihun goreng + cekodok (cucur ikan bilis. suka hati sayala k nak panggil apa. walaupun salu kene gelak dek suami).

Warna Kesukaan Anda :
Pink & Hijau pucuk pisang (sangat suke & teruja).

Tiga Benda Mesti Ada Dalam Bag Anda :
Handphone, CERMIN, Purse. (kalo boleh nak masuk sume benda macam poket doraemon)

Kali Terakhir Masa Anda Menangis & Kenapa :
Entah. Tak ingat dah. sebab memang suka nangis.

Labels:

Thursday, April 23, 2009

Coretan Hati...

Bukan mudah untuk menggembirakan & memuaskan hati semua orang. Tapi apa yang paling penting ialah kita telah cuba buat yang terbaik. Selebihnya terpulang kepada seseorang itu untuk menilai diri kita. Andainya kita dilihat ke arah yang positif, Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, biarkanlah ianya berlalu. Walau hati kecil terguris tapi kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa.

Setiap manusia dijadikan terlalu istimewa yang mempunyai akal dan kelebihan tersendiri. Hanya diri yang mengetahui apa yang dilakukan tanpa perlu diceritakan setiap inci pergerakan, tingkahlaku dan isi hati. Sesungguhnya diri ini hanyalah kecil dan tidak mampu untuk tangan ini menggapai awan di langit...

Terima kasih sayangku kerana sentiasa di sisi noni; semalam, hari ini dan juga untuk selamanya. Terima kasih untuk segalanya yang sayang lakukan untuk noni selama ni.. Terima kasih kerana menyayangi diri noni..


Sesungguhnya noni terlalu menyayangi dirimu sayang...

Labels:

Tuesday, April 7, 2009

Kenangan Terindah

Teringat kali pertama bertemu. Masa tu hari raya aidil fitri tahun 2000. Yus bawak dua orang bestfriend dia bersama girlfriend salah sorang bestfriendnya ittew dtg ke rumah. Masa tu xpikir papepon. Sambut tetamu dgn pakaian umah yg sgtla cantikya (t-shirt beso & sluar pendek).

Bila mata bertentang mata hati mula berkata2. wah sungguh indah saat ittew. Tapi nasib baikla saya jatuh cinta pandang pertama pada org yg tepat (sape lg my hubbyla). Kalo la saya tepikat kat twin hubby saya... ayoyo.. sendiri mau ingatla. wlpn masa tu mrssyediz ada kat sebelah dok menggedik2 ngn mrsyediz tp mengaku sepupu kekononnya (cover line).

Kalo ikutkan cara saya berpakaian tu memangla sgt tidak menepati citarasa hubby saya tuh. Pendek kata memang kena rejectla awal2 lg. Tapi xtau kenapa die ok je & die pon terjatuh cinta gak pada saya waktu tu..

Indahnya masa bercinta & saya sgt bahagia di sampingnya yg kini telah pun bergelar suami...


Labels:

Monday, February 16, 2009

Keihklasan Membawa Berkat

Ketika Halimatus Saadiah menerima Muhammad sebagai anak susuannya, beliau menyedari Siti Aminah hanyalah seorang janda yang tidak memiliki harta kekayaan walaupun datang dari keluarga terhormat.

Tiba-tiba dia terdengar suatu bisikan. Suara itu memintanya supaya tidak mementingkan upah sebagai balasan menyusu seorang anak susuan. Biasanya kaum wanita lain akan menolak untuk menyusu anak-anak yang tidak mempunyai ayah.

Setelah suaminya, Abu Qabsyah setuju, dia terus bertemu dengan Abdul Mutalib, datuk kepada bayi yang akan disusuinya.

Abdul Mutalib sungguh gembira apabila Halimah sanggup menyusui cucunya. Dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Halimah. Dia menunjukkan kepada Halimah bayi yang akan disusuinya nanti.

Halimah amat menyenangi anak itu. Wajahnya sungguh comel dan bersih. Anak itu diselimuti oleh kain bulu berwarna putih dan beralaskan kain sutera hijau.

Entah mengapa hati Halimah sungguh berdebar. Tangannya menggigil ketika menyentuh bayi itu. Anak itu tersenyum kepadanya.

Siti Aminah mengalirkan air mata ketika mahu menyerahkan anaknya kepada Halimah. Dia akan berpisah sementara waktu dengan anak tunggal yang sangat disayanginya itu. Anak yang telah kematian ayah.

Namun begitulah adat bangsawan orang Arab ketika itu, yang akan menyerahkan anak mereka untuk disusui oleh wanita desa. Semoga dengan itu, anak yang membesar akan lebih sihat, berfikiran luas dan terpelihara dari persekitaran kota yang kurang baik.

Walaupun Halimah sangat gembira menerima bayi itu namun masih ada yang merisaukan dirinya. Dia menyedari dirinya yang kurus, tidak mungkin dapat menyediakan air susu yang banyak untuk diberikan kepada Muhammad.

Sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Setelah tiba di dusunnya, dia merasakan dadanya membengkak dan penuh dengan air susu. Dia segera menyusui Muhammad dengan gembira.

Setelah anak itu kenyang, Halimah menyusui anaknya sendiri iaitu Abdullah. Anaknya juga dapat minum dengan puas. Sedangkan selama ini walaupun Abdullah telah menyusu, dia akan menangis lagi kerana kelaparan.

Malah yang lebih menakjubkan, unta-unta peliharaan Halimah dan suaminya menjadi gemuk dan sihat. Unta-unta yang sebelum ini kurus kering dapat diperah air susunya oleh Abu Qabsyah. Susu unta yang begitu banyak dapat diminum oleh mereka sekeluarga.

Keihklasan Halimah telah mendatangkan tuah kepadanya. Keihklasan kerana menjadi ibu susuan kepada anak yatim.

Halimah tidak mengharapkan upah sebagaimana yang diinginkan oleh wanita-wanita lain ketika itu. Namun dia telah diberi upah dengan berlipat ganda oleh Allah yang maha kuasa.

:-Petikan dari 87 Kisah-kisah Teladan dari Ummu Juwairiah

Labels: